Terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di blog MI yang tidak seberapa ni..kalo ikutkan memang tak sempat sangat MI nak update segala perkara..namun MI cukup hargai kunjungan kalian..huhu..
Rejab dah lepas, itu pun bulan yang mulia, tapi tak sempat nak update, dah masuk Syaaban ni, tak mahu terlepas dah, lagipun 2 hari berturut-turut MI kebetulan terdengar kehebatan bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain dekat IKIM..tu pun masa drive, tak sempatla nak jot down note.. tapi zaman IT ni mudah jer kite gugel semula kan..huhu
Bercakap tentang bulan-bulan mulia seperti Rejab, Syaaban & Ramadhan, teringat pula MI kisah seorang sahabat yang mempunyai seorang makcik yang juga ibu tunggal yang sering berpuasa tiga bulan itu berturut-turut sepanjang hayatnya dan beliau juga meninggal dunia dalam keadaan berpuasa..subhanallah! Pemergian beliau kehilangan berharga buat semua insan sekelilingnya bukan sahaja sanak saudara, malah jiran-jiran dan hampir seluruh penduduk kampung kerana sifat mulianya lagi disenangi. Semoga Allah membalasnya dengan syurga di sana!
Jadi dikesempatan ini jom kita kaut pahala sebanyak yang mungkin yea. Okay, yang MI boleh buat kesimpulan amalan bulan Syaaban ini ialah:
a) perbanyakkan berpuasa (jom esok & seterusnya!, jangan nanti2 okay!)
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
b) banyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW. Duduk diam-diam..dan berzikrullah..dalam hati pun dapat pahala.
c) bertaubat (jangan tunggu tau..kang banyak dosa tak tertanggung)
Ini adalah hadis yang popular berkenaan bulan Syaaban
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Okay...yang tadi tu semua belum masuk Nisfu Syaaban kan...itu satu malam yang hebat dan ada juga ditekankan oleh ustaz dalam radio IKIM yang MI dengar masa tu..namun ada sedikit kekeliruan berkenaan berpuasa sunat selepas 15 Syaaban, ada beberapa pendapat mazhab dan MI rasa LINK ini cukup membantu. Nak amalkan sesuatu biarlah diri kita menjadi seorang yang betul-betul tahu,yakni berilmu, selain faham dan mengamalkannya kerana Allah.
Berkenaan malam Nisfu Syaaban,subhanallah, cukup istimewa sepertimana hebatnya Ramadhan kerana Lailatul Qadar. Jadi segala kehebatan itu boleh lihat di sini. Jom klik & baca...!
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!