September 25, 2013

Bagaimana saya memperolehi 10A dalam SPM

Sesiapa pun atas dunia ni mesti impikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan terutamanya SPM. Okay, jom baca kata-kata Ridhwan, ex-student in SMUAZ.


   "Gelaran pelajar cemerlang merupakan satu anugerah Ilahi. Hakikatnya Allah yang memberigelaran itu dengan kuasa dan kehendakNya. Andai diizinkan Allah, menjadi pelajar cemerlang tidaklah susah dengan hanya beberapa sebab atau factor dalam diri kita.
Faktor pertama yang utama adalah kesedaran. Seringkali para pelajar bertanya apakah tips untuk Berjaya? Bagi diri saya sendiri, tidak perlu untuk soalan sebegini kerana “ semua orang sudah tahu cara serta tips untuk menjadi pelajar cemerlang. Bila ditanyakan kepada para penyoal ini apakah cara untuk Berjaya, 95% daripada mereka akan menjawab “rajin dalam belajar”. Nah, inilah jawapan kepada soalan apakah tips-tips itu!! Tiada jalan  mudah serta siingkat melainkan dengan rajin. Para pelajar perlu sedar, mereka secara fitrahnya sudah mengetahui apakah cara untuk Berjaya.

     Selain dari faktor di atas, ana juga ingin menyebut beberapa perkara ynag sering diabaikan oleh para pelajar. Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting dalam membina diri ke arah menjadi pelajar yang berpotensi cemerlang. Makanan berkhasiat dan makanan berkhasiat secara fitrahnya kita mengetahui bahawa makanan berkhasiat lebih baik untuk kita dari makanan yang tidak berkhasiat, maka mengapa masih kita makan makanan yang kurang berkhasiat? Asas ini sudah diajar kepada kita sejak Darjah 1. Makanan yang berkhasiat sangatlah penting untuk membina potensi diri serta mencerdaskan akal. Bagi diri saya cukuplah sekadar madu dan kismis. Kesannya amatlah memberangsangkan andai istiqamah pengambilannya.

    Faktor yang ketiga FOKUS. Ini sering diabaikan oleh pelajar kita, secara kebiasaannya, pelajar-pelajar akan tahu ketiadaan fokus dalam kelas menyebabkan ketiadaan kefahaman dalam pembelajaran. Ingin ditegaskan, focus merupakan satu perbuatan rohani yang sangat sukar dilakukan jika diri kita ini tidak berminat dengan belajar. Untuk memupuk minat ini, katakanlah dan didiklah hati anda dengan rangsanagn” aku ingin Berjaya,”untuk menjana penumpuan yang maksima seterusnya memahami apa yang dipelajari. Aspek ini digunapakai sama ada ketika cikgu mengajar ataupun ketika membaca seorang diri. Fokus dan faham merupakan elemen yang tidak mampu dicerai bagi memperoleh kejayaan.



   Khulosohnya, demikian beberapa cara untuk pelajar menggapai kejayaan. Ingatlah kita adalah kita. Terima kelebihan dan kelemahan kita seadanyamaka barulah kita mampu untuk melangkah lebih jauh dalam meneroka dunia. Kebijaksanaan merupakan pemberian Ilahi, tidak patut kita berbangga dengan pemberian orang lain. Ketahuilah,pelajar cemerlang atau tidak, ianya tidak menjadi pengukur kepada kejayaan, tetapi mukmin atau tidak, inilah pengukur kejayaan yang sebenar, jangan tinggalkan yang kekal bagi mendapatkan yang fana, wallahua’lam."



p/s: tulisan original Ridhwan apabila diminta menulis tentang kejayaan beliau. Kini sedang melanjutkan pelajaran di IIUM & masih menaruh harapan untuk belajar di Cairo, Egypt. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya.

No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!