Pada musim hujan sebegini..selain
ubi kayu, kuih tradisi, cek mek memang sedap dimakan..esp masa dia masih tengah
panas tue..hihi.. MI suka sangat kuih ni, masa kecik2 dulu my mum selalu buat,
memang sedaplah! Kami adik beradik makan kalo tak berebut memang tak sah, so
mak selalu aje buat tanpa rasa boring, bukan senang tau, rumit jugak!!
Kena
sabar & gigih, maka terhasil lah kuih sedap cam my mum buat tu..MI ingat
lagi time hujan aje ubi yang ayah tanam belakang umah menjadi-jadi (heheh), so
bila dapat hasil, ayah letak kat dapur & mak jalankan tugasnya. MI suka
sangat teman mak kat dapur, bukan apa, sonok tengok proses buat kuih ni
kann..Namun ..sejak mak kurang sehat dua tiga menjak ni (beliau semakin
lupa)..terpaksalah MI buat sendiri dengan susah payahnya, tapi hasilnya tidak
sesedap air tangan my mum.
Even my mum puji dah sedap pun, MI jauh di sudut
hati rasa nak nangis aje coz tak sedap macam yang mak buat..tapi apakan
daya..mak kata “mak dah lama tak buat”. MI telan aje terkulat-kulat sambil
teringat cek mek yang mak buat bepuluh kali ganda sedapnya. Huhu..
Okay, jom pakat try buat,
Bahan2 yang kita perlukan ialah ubi keledek (kami panggil ubi stello, ada yang kaler kuning, ada yang merah,
tapi rasa dia sama aje kalo tak silap).
1.Rebus mereka sampai masak & lembut, bubuh secubit garam
- mendidih dan warna kekuningan
2. Angkat dan toskan sebelum kupaskan kulitnya dan tumbuk/lenyek hingga betul2
lumat (semasa tengah panas2 lagi)
3. Lepas tu campurkan dengan gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur macam ni.
4. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas
5. Inilah hasilnya..
Jom makan..sila sila...
Selamat mencuba!
oh,senang je rupanya nak buat cekmek molek .ni..saya suka kuih ni..
ReplyDeleteapa lagi cik Nur, jom buat!
ReplyDelete