Kisahnya...kami adik-beradik dilahirkan dengan suara ayah yang cukup kuat, garau dan sudah tentu garang. Maklum saja, ketua rumahtangga,kenalah tegas. Sehingga menjengah usia remaja..masuk u dan mula bekerja..kadang-kadang rasa pelik juga, ayah ni sayang tak anak-anak, cakap dahla kuat semacam, nak gurau senda jauh sekali,paling tak gemar time makan aja, ada aje yang tak kena, terlebih masinla, tawarla, itu ini semua ada dan my ibu paling tahu taste ayah dan biasanya mengikut segala menu ayah..jadi kami anak-anak telan menu ayah yang biasanya tak sama taste dengan kami anak-anak..takpelah..yang tu kami tak kesah.
Yang paling buatku kisah bila ayah cakap kuat, belum lagi time marah, memang bak halilintar membelah bumi..seolah-olah semua badan jadi menguncup..takuttt..tapi paling kami hormat ayah hingga kini, segarang mana pun ayah, tak pernah pula ibu mahupun anak-anak dipukul,disepak terajang, iye..ayah cukup macho. Cukup saja dengan suaranya buat kami patuh dan taat, lebih-lebih lagi arahan pergi solat dan tutup tv
(ayat ayah..."katop tibi..katob tibi..!!) Arahan tu melekat dalam hati sehingga ke hari ini..kami sangat patuh dan lari bertempiaran mengikut perintah..
syukur Alhamdulillah.
Ok, dipendekkan cerita ayah makin lama seolah-olah makin rosak pendengarannya. Makin tidak peka dengan bunyi, teringat lagi mak kata satu ketika, "ayah tu kerja kuat, selalu kerja tengah terik matahari, sebab tu makin rosak pendengaran ayah". Jadi kalau mak bercakap dengan ayah, kena repeat paling kurang 2x. Biasa 4x, dan kalau lebih, mak diam terus. Mungkin nak marah sangat sampai takmo cakap apa-apa. Dan ayah terus faham.
Kami adik beradik faham sangat masalah ayah, dan mungkin kerana ego, ayah enggan buat pemeriksaan telinga....keadaan berterusan begitu bertahun-tahun lamanya sehingga aku terperasan sahabat handai ayah selalu gelakkan ayah seolah-olah mengejek pun ada..semuanya disebabkan masalah pendengarannya. Pernah juga satu ketika ayah dapat alat pendengarannya, mungkin daripada kawan dsbnya, namun sekejap aje ayah guna, mungkin tidak selesa agaknya..
Akhirnya tiba satu ketika ingin bertanya ibu sendiri,"mak, sejak bila lagi ayah tak dengar, sehinggakan mak kena cakap berulang-ulang dengan ayah?" Mak pula selamba menjawab, "sejak kami kahwin..."
Aduh...rasa mahu terduduk apabila dengar semua itu..Ya Allah sabarnya ibuku selama ini..tak kesah walau sedikit bersuamikan ayah yang garang, pendengaran pula bermasalah, nak cakap ulang banyak kali..tapi masih mampu bertahan sehingga kini..mak cukup penyabar...
*****
(pic: google image)
Ya Allah.., kasihanilah ibuku, ampunilah ibuku..bagilah syurga untuk ibu nanti..aku sedih tak sangka, aku sebagai anak pun asyik nak marah kalau cakap banyak kali, ulang skrip sama berulangkali..Aku tabik spring...hebatnya ibu..sabarnya ibu..baiknya ibu...
Aku tak pandai berpuisi, bersajak atau bersyair, tapi aku jumpa puisi di bawah ini kat sini dan ia jelas menggambarkan betapa tepat setiap baris puisi itu.
Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata "Sabar nak, Sabar ye sayang".
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan… di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi &
takkan kembali lagi…
p/s: doa sampai syurga
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!