January 19, 2013

Kalau Bersedekah....





  • Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk dunia sahaja atau hanya untuk akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh bankrap di dunia semata-mata mahu kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sebab manusia yang paling baik ialah manusia kaya di dunia dan akhirat, maksudnya kaya harta & kaya pahala.
  • Perihal bersedakah pula janganlah sehingga kita melarat dalam segala hal atas dunia, kita ikutlah role model kita Rasulullah SAW.
  • Zaman Nabi Muhammad SAW pernah Abu Bakar memberitahu ingin infakkan keseluruhan hartanya, maka Nabi Muhammad berkata tidak boleh.  Kemudian Umar Al-Khattab pula ingin infakkan separuh daripada harta beliau,ini turut ditolak baginda.
  • Sebaliknya Rasulullah SAW menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan, selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
  • Bersedekah dalam Islam bermula daripada kaum kerabat dahulu. Maknanya kalau kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah dikira salah.Utamakan keluarga, kemudian baru anak-anak yatim. Kalau kakak kita miskin, kena bagi kepada kakak dulu.
  • Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:

"Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan sedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu!" 

No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!