April 27, 2013

MenJemput MALAIKAT ke RuMaH ...




Assalamualaikum...kali ni nak kongsi entry baek punye..Insya Allah..mudah-mudahan bermanfaat buat semua
sapa tak nak rumah dikunjungi malaikat? semua nak kan? Bagi MI tak penting rumah besar, mewah, luas dan yang sewaktu dengannnya..cukup sekadar selesa biarlah kecil pun, asalkan dapat beribadah dengan selesa dan paling penting rumah yang kita diami itu sentiasa dikunjungi malaikat, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah serta sentiasa mendapat doa malaikat siang dan malam. Pohon  juga agar dijauhi segala perbuatan khianat dan jahat jin, satan & manusia. 
Teringat pula MI satu ketika tu masa dengar slot Prof Muhaya dalam ikimfm yang cakap macam ni: "kenapa dalam banyak-banyak rumah, pencuri pilih pecah masuk rumah kita, kenapa tak rumah orang lain" . Persoalan ini yang membuat kita terfikir-fikir. Kebetulan pula masa tu rumah yang kami diami nyaris dimasuki pencuri, tapi tak sempatla, coz MI tersedar dulu. Alhamdulillah. So kebetulan terdengar kata-kata prof tue, terus rasa cam terpukul..so MI cuba selongkar segala kekusutan ini dan ini hasilnya yang nak sangat MI kongsi bersama bloggers dan pembaca budiman:

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Jadikanlah bahagian dari solat kalian di rumah-rumah kalian, dan jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan.“
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

selain itu....

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya

 “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. 
(Riwayat Muslim)

Huraian lengkap hadis-hadis ni MI kurang arif sangat, tapi diizinkan Allah sebab nak tahu sangat terdengar pula slot seorang ustaz (lupa nama) yang menyatakan sesetengah rumah adalah gersang seperti kuburan walaupun penghuninya sebenarnya masih bernyawa. Ini tiada lain hanya kerana rumah  itu tidak dibacakan Al-Quran. Nauzubillah.

Jadi cubalah sama-sama kita baca Al-Quran sekerap yang mungkin. MI sentiasa tetapkan dalam diri bacalah Quran dalam sehari, tak kira lah waktu mana pun, asalkan Quran itu disentuh sekurang-kurangnya sekali sehari. Teringat pula sepotong hadis yang memberi maksud antara perbuatan yang paling disukai Allah adalah amalan yang sedikit, namun dilakukan secara konsisten dan berterusan. Memang benar, biarlah sedikit, tapi kita komited dan bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Begitu juga hal yang berkaitan dengan solat-solat sunat. Rasanya setiap daripada kita mampu untuk sekadar solat sunat dua rakaat, dan cuba pula lakukan setiap hari... InsyaAllah. Jom beribadah!

Okay ini yang nak MI kongsikan beberapa amalan yang mengundang malaikat ke rumah kita:


  •  Rumah yang diliputi zikir kepada Allah yang di dalamnya ada ruku dan       sujud 
  •  Rumah yang senantiasa bersih 
  •  Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. 
  •  Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran 
  •  Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu 
  •  Rumah yang penghuninya ada isteri solehah 
  •  Rumah yang bersih dari barang-barang haram 
  •  Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana'ah, dermawan pemaaf yang senantiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.


Jom sama-sama kita amalkan!




"mum's house"





2 comments:

Thank You Friends!