April 03, 2013

Masya Allah...wujud lagikah pemimpin sebegini..?



Rasa sayu hati baca kisah ni...kisah Ali bin Abi Talib & seorang penghutang


****************


Pada suatu ketika, Ali bin Abi Talib menangis, dan kawannya segera bertanya kenapa. Ali lantas menjawab, "Sudah seminggu seorang tetamu pun tidak datang ke rumahku. Jangan-jangan aku ni seorang yang cukup hina sehingga tidak seorang pun sudi datang ke rumahku."

Ditakdirkan Allah, datanglah seorang lelaki ke rumah Ali dan Ali bertanyakan keperluan lelaki tersebut.

"Saya mempunyai hutang 400 dirham" Kata lelaki tersebut.

Ali terus menghulurkan 400 dirham dan lelaki tersebut meminta diri.

Ali kembali ke tempatnya dan sekali lagi beliau menangis.

Isterinya kehairanan dan bertanya; "kenapa engkau menangis suamiku? Mengapa 400 dirham itu engkau berikan kepada lelaki tadi sedangkan engkau juga memerlukannya?"


Maka inilah jawapan Saidina Ali:

"Aku menangis kerana menyesal tidak sempat melihat keadaan umatku, sampaikan lelaki tadi datang sendiri kepadaku untuk meminta bantuan. Sepatutnya, sebelum diminta, aku terlebih dahulu membantu mereka," jawab beliau.


p/s: adakah....?


kredit: "cara tepat mendapat pertolongan ALLAH"
(synergy media)

2 comments:

  1. Kalaulah pemimpin negera kita bersifat bagaikan saidina Ali ini alangkah bahagia semua rakyat...

    ReplyDelete

Thank You Friends!