January 28, 2013

My Dear with Her Deer~



Arra's new deer. Can only sit, hard for her to jump with




Anyway ..i'm so happy

Thanks mama!

January 27, 2013

Semasa saya kecil...



Semasa saya kecil..
Selalu saja pakai baju terbalik
Tapi..mak senyum saja 
Mak betulkan semula

Semasa saya kecil..
Sikit-sikit rasa nak makan itu ini
Lalu..mak ikutkan saja

Semasa saya kecil..
Mak  selalu  ingatkan dah solat ke belum..
Jadi saya lakukan

Semasa saya kecil..
Makan nasi mesti tumpah..
Mak tolong kutipkan


Semasa saya kecil..
Merengek nak mak suapkan nasi
Mak ikutkan saja

Semasa saya kecil..
Asyik bermain sampai terkencing sendiri
Mak uruskan semua

Semasa saya kecil
Tanya soalan sama berpuluh kali sehari
Mak layankan saja

Semasa saya kecil
Minta mak basuh baju itu baju ini
Mak ikutkan saja

Semasa saya kecil
Banyak menangis mengigau di malam hari 
Mak bingkas bangun tidurkan semula

Semasa saya kecil
Suka mereka cerita menarik nak mak dengar
Mak senyum saja


Kini....
Mak selalu saja pakai baju terbalik
Jangan pula kita  marah 


Kini..
Mak sikit-sikit rasa nak makan itu ini
Baiklah kita ikutkan saja

Kini..
Mak  perlu diingatkan dah solat ke belum..
Namun mak dulu lebih awal bertanya

Kini..
Mak makan nasi mesti tumpah..
Marilah kita bersihkan

Kini....
Selagi boleh makan sendiri
Tidak pula kita nak tolong suapkan

Kini
Mak mula  terkencing sendiri
Marilah kita pakat bantu

Kini
Mak mula bertanya soalan sama berpuluh kali sehari
Apa kata kita layan dengan baik

Kini
Minta mak basuh baju itu baju ini
Apa kata kita turutkan saja

Kini
Adakalanya mata mak berair tanpa sebab
Apa kata kita luangkan saat itu bersama

Kini
Mak mula  mereka cerita menarik
Eloklah kita tadah telinga mendengar


Betapa sukarnya ibu membesarkan kita
Tapi senang pula kita tidak mengendahkan segalanya
Marilah kita jaga mereka pula
Sudah pasti redha Allah mengiringi

January 19, 2013

Dulu Lain, Sekarang Lain



Dulu..inila rupa Momo the very first day adopted




Sekarang

Nak minta maaf tapi malu....^_^


(setelah dibakukan semula)    
"ma, bukaklah, ada benda kak nak bagi tahu pasal semalam"



"ma, kak minta maaf pasal semalam yea. Kak sebenarnya nak keluar solat Isya' tapi... T_T (pic nangis). Kak rasa kesian sangat tengok mama. Sayang mama. Kak menangis malam tadi atas katil, dalam hati kak berkata, sayang mama! Jangan beritahu papa!"



***

alkisahnya-dia menangis lepas ditegur banyak silap masa baca al Qur'an. Terus masuk bilik dan menangis. Bila dah masuk Isya', MI tegur dia supaya bersolat dulu, dah puas pujuk,dia tetap menangis. Sampai tertidur la kut..itu yang menyesal sangat tue........ 




p/s:nak tegur budak kecik pun ada cara.

Kalau Bersedekah....





  • Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk dunia sahaja atau hanya untuk akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh bankrap di dunia semata-mata mahu kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sebab manusia yang paling baik ialah manusia kaya di dunia dan akhirat, maksudnya kaya harta & kaya pahala.
  • Perihal bersedakah pula janganlah sehingga kita melarat dalam segala hal atas dunia, kita ikutlah role model kita Rasulullah SAW.
  • Zaman Nabi Muhammad SAW pernah Abu Bakar memberitahu ingin infakkan keseluruhan hartanya, maka Nabi Muhammad berkata tidak boleh.  Kemudian Umar Al-Khattab pula ingin infakkan separuh daripada harta beliau,ini turut ditolak baginda.
  • Sebaliknya Rasulullah SAW menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan, selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
  • Bersedekah dalam Islam bermula daripada kaum kerabat dahulu. Maknanya kalau kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah dikira salah.Utamakan keluarga, kemudian baru anak-anak yatim. Kalau kakak kita miskin, kena bagi kepada kakak dulu.
  • Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:

"Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan sedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu!"