April 11, 2014

Sayangi Anak-anak Yatim

Dekat my new school ni MI paling berkenan dengan sikap humbly di kalangan para pelajar yang tidak berapa ramai ni. Bagi MI semua students at new school ni cukup baik dan sopan akhlaknya, bukan tak ada langsung yang tidak berakhlak, ada jer tapi tidak la ramai dan amat dikenalpasti..heheh

First day masuk sekolah ni MI ingat lagi pesan mudir bahawa sekolah ni menempatkan sebahagian anak-anak yatim, ada juga yatim piatu. Jadi nak hukum mereka perlu berpada-pada jika benar mereka salah. So MI cukup berhati-hati, paling tidak elakkan memarahi mereka tanpa usul periksa. 

Yelah, serba salah juga kerana salah satu kredibiliti guru diukur melalui ketegasannya. So MI perlu berhati-hati. Tapi risau jugak kalau dah lembut sangat kang diorang seronok tak buat homework pulak. Itu pun satu problem gak..adui.

MI  sendiri pun mengalami beberapa masalah juga di sekolah ni, namun rasanya Allah nak bagi sesuatu, mungkin Dia nak MI kumpul pahala banyak-banyak kerana ramai sangat tiada mak / ayah di sini malah ada yang tidak memiliki kedua-duanya. 

Jadi dalam kesempatan itu MI sempat kenal dengan pelajar bernama Zaki ni. Zaki ni pelajar yang cukup kemas dan senyuman sentiasa meleret di bibir. Dalam pada itu dia sempat juga menumpang kereta MI beberapa kali sebelah pagi sementara menunggu bas. So kalau MI sempat nampak Zaki dan
kawan-kawannya tengah tunggu bas maka sempatla MI pick up diorang. 

Baru-baru ni MI baru dapat tahu yang Zaki ni rupa-rupanya anak yatim piatu. Menurutnya ayahnya meninggal dunia semasa dia masih kecil manakala ibunya semasa dia berusia 8 tahun. Sekarang dia menumpang kasih ibu saudaranya. Asyik juga mendengar latar belakangnya. Paling menyayat hati ibunya meninggal kerana dibunuh. Kata Zaki lagi, ibunya ada sakit mental dan dibunuh orang tidak dikenali dan sudahpun ditangkap. Tapi Zaki tenang aje bercerita, siap senyum simpul..hebat budak Zaki ni..

Zaki bercerita juga tentang kehidupan di rumah anak yatim di Kota Bharu yang penuh cabaran dan akhirnya dia berpindah di smuaabj ini. Alhamdulillah, syukur MI sempat mengenali Zaki ini. Seronok tengok dia merangkak-rangkak belajar Bahasa Inggeris. InsyaAllah MI bantu selagi terdaya.


Seronok dengan kisah Zaki, MI mulai google beberapa peringatan penting dalam Al-Quran & Hadis berkenaan golongan ini antaranya:

1. Sabda Nabi saw maksudnya:
“Aku dan penjaga anak yatim di dalam syurga ‘begini’. ” Rasulullah mengatakan demikian sambil menunjukkan dua jariya iaitu jari telunjuk dan jari tengah. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Al-Quran meyebut perkataan yatim sebanyak 23 kali dan jelas sekali Allah mahu mereka ini diberi perhatian dan pembelaan masyarakat supaya hidup mereka selesa sepertimana mereka yang masih ada parents.


3. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud;
 “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: 
Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.

4. Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. 

5.Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

6. M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”
7. Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”
8. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhirat? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.”
 (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)
9. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
10. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
11. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).



***
Alhamdulillah..perkongsian yang hebat yang pastinya daripada para ilmuan dan alim ulamak. Lepas tu MI ternampak foto ni. Speechless dan berjuraian air mata kerana terlampau sebak..Ya Allah bagilah syurga untuk arwah ibu  kanak-kanak ini, termasuk penjaganya serta dirinya juga.Amiin.

http://gizanherbal.files.wordpress.com/2013/03/205375_167522280068460_1451920861_n.jpg?w=490

***gambar ini diambil di sebuah rumah anak-anak yatim di Palestin. Beliau terlalu rindukan ibunya lantas melukis gambar ibunya di lantai dengan wajah tersenyum dan beliau tidur di "lengan" ibunya. Cukup menyayat hati kerana apalah yang si kecil ini tahu erti peperangan. Kejam kan Israel ni. T_T




sumber rujukan:

http://pondokhabib.wordpress.com
http://detikislam.blogspot.com

2 comments:

  1. salam ukhwah..semoga dipermudahkan Ikah meneruskan kerjaya disini..sabar dan ikhlas insyaa allah akan dirahmatiNya jua..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. hibanya tengok gambar tu :(

    ReplyDelete

Thank You Friends!