March 18, 2011

SaYanGK My MaK...




Salam semua...kali ini rasa macam sayu sangat hati...rasa rindu sangat dekat mak..rasa sayang sangat dekat mak..rasa banyak sangat salah silap dan dosa dekat mak...Ikah mahu minta maaf puas-puas dengan mak.. Ikah rasa sayu teringat banyak kisah sedih yang selalu dikongsi bersama mak..

Tak dapat bayangkan mak kalau tiada nanti..seolah-olah rasa kehilangan sebahagian besar keberkatan dalam hidup..kalau dia pergi memang tiada ganti..selama Ikah hidup ini pun banyak bergantung kepada doa ibu. Berkat sungguh doa seorang ibu. Jadi walau apa terjadi hubungilah ibu kita. Doa seorang ibu bukan doa biasa, ibu mesti buat yang luar biasa...dan biasanya solat hajat itu sudah jadi rutin. Semuanya untuk kebaikan dan keberkatan dalam hidup. Alhamdulillah..hampir semuanya Allah permudahkan. Nak kata semua makbul itu tidaklah, kerana itu kuasa Allah SWT. Tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha atau ikhtiar memohon daripada Allah SWT. Segala yang qada' dan qadar perlu diterima dengan redha walaupun amat perit untuk ditempuhi...

Doa untuk ibu tak akan pernah putus. Jasa dan pengorbanan ibu sangat hebat. Doa ibu sangat berkat. Ikah teringat satu hadis Rasulullah SAW yang menyatakan doa seorang wanita tidak akan sia-sia kerana sifat wanita lebih penyayang berbanding lelaki. Dan Allah tidak akan sia-siakan doa orang yang penyayang. 
Jadi selaku wanita dan kaum ibu, ayuh kita berdoa untuk kebaikan dan keberkatan hidup..mudah-mudahan segalanya diperkenankan.. AMIIN..


4 comments:

  1. Sebab tulah Syurga di bawah telapak kai ibu.. Ibu adalah segala2nya

    ReplyDelete
  2. Kak Kim: selagi hayat dikandung badan...akanku buat yang termampu untuk ibu...kerana syurga di bawah tapak kakinya..

    ReplyDelete
  3. btul tu kak ikah.stuju sgt2. ML mmg xberani nk lawan mak sebb tkut mak kcik ati.saye sayang mak saye^__^

    ReplyDelete
  4. ML: syukurla...sayangi mak kita seadanya...

    ReplyDelete

Thank You Friends!