May 16, 2013

Belajar REDHA dengan Ketentuan Allah







“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya tanya ke mana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...”



Entry kali ni MI google dan dapat infonya di sini. Semua entry penulis blog ni buat MI terus melekat disitu..alhamdulillah..memang blog sebegitulah yang dimaksudkan Prof Muhaya yang mahu mencari redha Allah...bukan kerana harapkan pujian manusia..

Tentang redha Allah ni, sudah lama sangat MI cari tips dan caranya..sementelah pula menyaksikan kisah sedih menimpa sahabat dan orang terdekat MI yang kehilangan orang tersayang seperti anak kandung, ibu kandung dan pelbagai dugaan hidup yang tidak disangka-sangka ianya berlaku yang biasa kita istilahkan sebagai takdir Allah SWT. Dalam hal sebegini MI terlalu mudah mengalirkan air mata berbanding empunya badan. Kadang-kadang terfikir sendiri.."Ya Allah, macam mana mereka hadapi semua itu..."

Alhamdulillah..jawapannya ada di sini. So, benda baik MI terus mahu kongsikan bersama..terima kasih cintailahi.com, ok jom baca.



Saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,
“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAH itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”
Besar makna kata-kata beliau.
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAH SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAH menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAH cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAH, ALLAH memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAH ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAH
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.
Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri
“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!
ALLAH menguji manusia, namun ALLAH siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAH melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAH akan menguji kita. Dan ALLAH hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAH telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.
Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAH.
Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAH.
“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15
Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-8
Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.
Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia
Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?
Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.
Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari
Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAH ingin menghapuskan dosa-dosa anda?
Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH
Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLaH, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAH.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAH.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..
“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAH!”
Anda mahu hebat pada pandangan ALLAH? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAH yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAH merahmati.

2 comments:

  1. Semoga penulis dan org yg membaca penulisan ini diberi rahmat oleh Allah. Mudah mudahan kita dapat kembali bertaubat kepadaNya. In shaa Allah. Terima kasih atas perkongsian penulis ini. Sangat2 bermanfaat

    ReplyDelete
  2. saya amat berterima kasih atas ilmu ini, saya amat bersedih dan terkesan setelah ibu yang paling saya sayang, yang saya cinta sudah kembali kerahmatullah.sedihnya hanya Allah s.w.t yang tahu.Banyak hang mengucapkan takhziah dan sabar serta redha.Akan tetapi setiap sujud kuiringi doa agar aku diberikan petunjuk dan hidayah.Namun betul Allah s.w.t maha kuasa, hidayah dan petunjuk banyak terselit diantara musibah dan dugaan diberinya, walaupun ianya sakit hendak diterima.Namun saya amat percaya Allah s.w.t sayangkan saya dan arwah ibu saya, lantas diturunkan ujian pada hamba hambanya yang terpilih.Saya sayang Allah s.w.t

    ReplyDelete

Thank You Friends!