(pic Mr.Google)
Alahai...rindunya lama tak berblogging...masa semakin suntuk dan kerja semakin banyak..so blog semakin diabaikan.. so harap faham semua..haha..
kali ini MI nak berkongsi kenangan semasa kecil-kecil dulu,
umur MI sekitar 5-8 tahun macam tu lah..
Ayah kitorang galikan sebuah telaga (bersama beberapa penduduk kampung la) masa tu bekalan air paip memang tiada kat kampung kitorang. So bila dah ada sumber telaga/perigi ni memang itulah satu-satunya sumber air kitorang. MI seronok tengok gelagat abang-abang dan kakak-kakak masa tu (masa tu belum sekolah) yang mengigil kesejukan terpaksa mandi pagi nak pegi sekolah. Sejuk memang tak hengat la air telaga kampung masa tu..kalo ingat balik rasa nak mengigil pula. Biasanya adik beradik yang kecil mak sediakan air yang baru mendidih untuk dicampur sekali dengan air telaga tadi dalam bekas air supaya takla rasa sangat sejuk tu.. (baik kan my mum!)
Kenangan paling takleh nak lupa apabila menjelang waktu petang si abang yang sulong ni Abehar kadang-kadang AbeAze biasanya yang mandikan kami adik beradik. Maklum saja zaman kanak-kanak main kuat tak hengat, so bila time mandi mengharapkan air yang telah disediakan dalam bekas air untuk mandi. So abang kitorang ni biasanya suruh kitorang berdiri kekadang duduk mencangkung dalam barisan. (biasanya kami beratur ikut ketinggian haha). Pastu dia la yang gigih berusaha mandikan kitorang. Kitorang disiram macam bunga dengan kaki masing-masing tergedik-gedik menahan sejuk. Abehar atau AbeAze ni pula biasanya siap buat kiraan berapa kali kami akan dijirus dengan timba yang dia gunakan .. kalo ingat balik memang sonoklah!
Kenangan tu kalo ingat balik mesti senyum sendiri..skang telaga tu ada lagi umah mak..airnya pun masih jernih dan ayah sangat setia menggunakannya setiap hari. Cuma apabila mengikut arus teknologi, (yakni sumber air paip), khidmat telaga itu semakin dilupakan......sekian ^_^
No comments:
Post a Comment
Thank You Friends!