Sumber info: kat SINI
Baru-baru ni MI ada habiskan satu buku yang amat menarik. Semua kisah-kisah wali zaman dahulu. Nanti MI akan share dengan uoll. Best buku tu, baca dalam 4 hari aje dan rasa nak ulang lagi. Alhamdulillah.
Lepas baca buku tu, MI teruja sangat nak google tentang golongan yang masuk syurga tanpa hisab. Masya Allah..kalaulah kita golongan yang terpilih itu..nak syahid macam pejuang Palestine, tak mungkin merasa kerana Malaysia negara yang cukup aman. Memang rezeki syahid untuk mereka. Jadi untuk peluang ke syurga seterusnya, sama-samalah kita kenalpasti siapakah golongan ke sana tanpa hisab. Semoga kita antara yang terpilih..aminn.. okay, jom baca:
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk
syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat
Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya
seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang
menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan
memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar
dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam
berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka
kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin
Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah
samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada
suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak
menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan
meninggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga
berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati
pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan
bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah
padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis
yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih
kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa
hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka
itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang
kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima
siksaannya.”
Semoga kita semua termasuk dalam golongan
yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan
niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian
pandangan Allah taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik
tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur
al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati
& hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad
Ramzi Omar.
Perkongsian yang baik.. Terima kasih.
ReplyDelete