March 08, 2012

Jack Keluar Wad


Salam semua..Lately MI busy sangat especially minggu persekolahan. Okay, nak sambung semula kisah Al-Jack. Jack berada dalam jagaan vet selama seminggu. Cukup-cukup 7 hari. MI memang tidak berkesempatan melawat, just call vet berkenaan tanya perkembangan dia. Tapi belum dapat bercakap dengan doc. Tapi vet yang ada esp Cik Za pasti mampu menjawab semua persoalan dan menjaga Jack dengan baik. MI pegi ke KBVC di Machang pada pagi Jumaat, coz separuh hari. Pukul 12 tengahari akan tamatlah operasinya, buka pula pada pagi esok. MI pergi dengan si Zahraa dalam car seat, sementara dua lagi tue Mr.Zack yang jaga. Sampai aje kat sana paling kuat mengiau itu adalah Jack okeh. Agaknya dia tahu dia akan pulang hari tue, mestilah heppi tak hengat..iyelah, seminggu kat wad sapa tak boring. Masa tue hanya Cik Za yang in charge, maybe Jumaat (off day di Kelantan), so tak ramai yang berurusan. Cik Za keluarkan si Jack dan letakkan di meja. Then Cik Za pun mulakan perbualan, dia kata menurut doc, maybe Jack accident coz kalo penderaan, bahagian yang akan kena atau parah biasanya di bahagian badan, atau belakang kucing selain kepala dia. Tapi si Jack lain, kecederaan yang dialami di bahagian dagu (bahagian bawah), pipi dia. Rahangnya tak patah, cuma mulut bawahnya pecah, itu yang jadi herot. Nak kata kenderaan apa tak pasti, katanya mungkin motorsikal atau beskal. Masa kejadian lidah dia terhimpit sama, so jadi lebam, kebiru-biruan. Bahagian yang cedera dan tidak dirawat awal itu yang menyebabkan infection, kulit pipi terkoyak dan berkerak. Cik Za langsung tidak kekok atau nampak jijik pegang si Jack. Dia tunjuk rahang si Jack yang sudah recover, tiada lagi bengkak kemerahan-merahan manakala lidah Jack sudah tidak lebam, kembali ke warna asal. Cepat betul mamat ni sehat. Alhamdulillah. Menurut Cik Za si Jack ni pelahap betul, 2 tin wet food sehari tak cukup, tambah setengah tin lagi baru mahu tido. Kencing berak si Jack semua diurus Cik Za, patutlah sangkar dia sungguh bersih! Lepas setel semua payment, MI mintak sekali wound spray yang digunakan untuk rawat si Jack selain wet food feberet si Jack. Hmm...baru boleh balik umah senang ati...
 

Ni kat umah dah, tengok mulut si Jack masih herot, tapi sudah betul-betul sembuh, nak rawat kat umah pula.

Nampak herot kan! Misai pun dah kene potong kasi pendek belah tepi! Mata asik mau pejam ajer taw. Okey, see u all next entry. Terima kasih for those yang ikut cite Jack.




7 comments:

  1. Agaknya dia mudah silau, sbb tu asyik tutup jer mata dia.. apapun, terima byk Rafikah sudi bantu jack. Semuga Rafikah sekeluarga terus dilimbah rezeki dan rahmat berlimpat ganda, amin...

    ReplyDelete
  2. Jack darling,
    Semoga cepat sembuh....sayang dia. Kalau dekat, memang dah pergi melawat bawak sekarton wet food. Apa yang favorite dia tuh? purrr....meow!

    ReplyDelete
  3. Kak Kim, hmm..mungkin juga. Tapi camera yg Ikah guna tu mmg dh flash off kak kim..Hebat sgt bg doa mcm tu utk sy, apa2 pun semoga kita semua teruskn menyelamat mana2 haiwan terbiar selagi terdaya..dan smga kita semua dilmph rezki & rahmat Allah.Amin

    ReplyDelete
  4. cat from sidney...hehe..alamak! lupa dah nama food dier tue..dengan tin2 dah buang, cepat sgt dier mkn habis..heee!..(mlwt blog ajela keje kiter semua)..kalo ikutkan M.Ikah pun nak visit semua pets para bloggers sekalian alam..hehe

    ReplyDelete
  5. semoga jack cepat sembuh...mmg tabah jack ni!!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah jack...cpt kamu sht...terima kasih kat kamu dan keluarga yg sgp dan sudi merawat jack ni...moga2 Tuhan permudahkan segala urusan dan berlipatgandakan rezeki untuk kamu berkongsi ngn mereka yg memerlukan...terharu jgk bila bc kesanggupan kamu dan sikap cik Za kat klinik tu jaga dia bersih...mksdnyer dia bukan sekadar bekerja tp bekerja ngn hati melayan jack smpurna...syabas kat semua..:)

    ReplyDelete
  7. kesiannya kucing ni...kenapa ni?
    zarincepp73.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You Friends!