January 26, 2011

Majlis Perpisahan Ustaz Hasan....sedih!

Pihak SMUAZ hari nie menganjurkan majlis keraian guru-guru baru dan juga majlis perpisahan untuk 5 orang guru lama termasuk bekas Pengetua (mudir) Ustaz Hasan Mat Tamat. Majlis memang meriah dengan sambutan selawat serta persembahan nasyid oleh pihak sekolah. Lepas tue ucapan oleh bekas-bekas guru sekolah ini. Yang last sekali Ustaz Hasan yang berucap...bukan Ikah saja yang sedih, rupa-rupanya sebaik aje dijemput Mudir memang sangat sebak sehingga tidak mampu berkata-kata, saat itulah air mata Ikah laju menitis..rasa sayu dan sedih yang tak terucap dengan kata-kata..

Mudir Ustaz Hasan telah berkhidmat di SMUAZ selama 11 tahun dan kali nie ditukar ke sekolah yang lain pula. Ikah sedih coz pelbagai kisah tidak enak didengar di tempat baru beliau. Sehinggakan di akhir kalam beliau berharap agar tempat baru beliau semantap pengurusan di sekolah kami. Ikah dapat rasakan yang beliau mungkin agak kekok di tempat baru dengan corak pentadbiran dan pengurusan yang berbeza..

Selain itu sempat Ikah catat sedikit sebanyak amanat beliau. Menurut Mudir, terdapat 5S untuk diamalkan agar kita semua bahagia dan berjaya dunia akhirat:
  1. Sayangilah ibu bapa
  2. Sayangilah ilmu
  3. Sayangi guru kamu
  4. Sayangilah sekolah kamu
  5. Sayangi masa
Kalau ikutkan beliau perlu menghadiri sebuah program lain pada hari ini yang mana beliau telahpun membatalkannya kerana mahu ke majlis ini. Memang terharu dan sebak sangat. Secara personal, Ikah belum pernah sebak dan menangis berpisah dengan Majikan sebelum ini. Bagi Ikah beliaulah Boss dan beliaulah Ayah. Ceramah beliau tidak pernah menjemukan. Pemergian beliau ibarat permata yang hilang..Kali pertama dengar berita pertukaran beliau dulu Ikah selalu doakan dalam hati ia hanya rumors semata..namun kini telah menjadi kenyataan yang amat perit untuk diterima...

Rasa rindu dengan suara beliau, ketawa dan lawak beliau dan paling rindu ialah saat-saat berkhidmat dan berkerja bersama beliau..rasanya khidmat Ikah selaku S/U PMR last year belum begitu mantap, namun beliau jugalah yang telah naikkan khidmat Ikah selaku S/U Peperiksaan pula..rasanya khidmat tue belum dicurahkan, beliau dah kena pergi..memang sedih...! 
Walau apapun, insan yang berilmu, warak, baik hati budi dan alim seperti beliau akan mendapat doa yang berterusan daripada semua yang menyayangi beliau..Beliau tetap TERISTIMEWA dihati kami..
Semoga Mudir Ustaz Hasan sentiasa dalam rahmat Ilahi dan dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat...Amiiin ya Rabbal Alamiin...doaku selalu untukmu Mudir tersayang...  T_T



 Yang berbaju batik pink inilah Mudir..sowi pic tak clear




 New Mudir: Ustaz Mat Yaacob sebelah kiri bersama Ustaz Mi (PK 1)



 Nurul Azren, my friend..pun bertukar ke sekolah lain...will miss u babe!


besarnya present..!

No comments:

Post a Comment

Thank You Friends!